Monday, April 22, 2013

Cash Flow Game. Apa tu?

Bila cakap tentang kewangan, bingung tak menguruskannya? Dapat gaji, duit habis bayar bermacam bil dan belanja untuk keluarga. Sampai bila nak kaya kalau macam ni? Hehe.

Mungkin anda rajin ke ceramah bimbingan kewangan tetapi masih belum dapat praktikkan sepenuhnya?

Puas membaca tapi masih tak faham atau tak tahu bila boleh dipraktikkan?

Khuatir tersilap langkah dalam memilih dan mengatur kewangan?

Memperkenalkan CASHFLOW GAME!!



Permainan yang direka oleh Robert Kim Kiyosaki pada tahun 1994 ini adalah yang pertama di dunia yang mengajar secara praktikal bagaimana menjana dan mengatur strategi pengaliran wang kita dan kemudian membuktikan dan rasakan sendiri kebenaran istilah “passive income”.

TIME TO TAKE ACTION!!

Layari sepanjang kehidupan anda dalam masa 3 jam sahaja. Yang tidak ada pengetahuan langsung tentang pengurusan kewangan juga akan belajar dan meraih pengalaman berharga melalui permainan ini.

Rasakan debaran, ketegangan emosi, perselisihan pendapat dan keghairahan para peserta lain.

Yang lebih penting sekali anda dipersilakan membuat kesilapan dan sama-sama berkongsi pengalaman kerana ini hanya satu permainan!

Strategi dan formula yang baik melalui pengalaman ini boleh sama-sama anda terapkan untuk kehidupan sebenar anda.

Permainan ini dipantau dan dikendalikan oleh hanya mereka yang terlatih dan profesional dalam bidang kewangan.

Yang lebih menarik lagi beberapa aspek permainan ini telah diubah mengikut kesesuaian kehidupan hari ini.

Sesuai sekali untuk pasangan yang inginkan lebih ilmu dalam pengurusan wang yang bijak!

Tarikh: Sabtu, 4 Mei 2013 (sesi untuk pasangan) & Sabtu 11 Mei (sesi untuk individu)
Masa: Sesi bermula pada pukul 11 pagi hingga 2:30 ptg.
Tempat: Di kawasan bandar, berdekatan Dhoby Ghaut MRT.
Bayaran: $20 seorang, $38 berpasangan.
Untuk pendaftaran: Emel kepada lifetrades@gmail.com atau hubungi 90106597.

Jamuan tengahari akan disediakan.

Saya sendiri akan turut serta bersama anda dalam sesi permainan ini! :)

Ini dia gambar para peserta dalam sesi-sesi sebelum ini.












Ambil peluang ini untuk luangkan masa berkualiti bersama pasangan anda dan tingkatkan ilmu dalam pengurusan kewangan yang bijak! 

Bersama NONA KIRANA (dan suami saya.. ehem.. ehem.. hehe.. )dalam CASH FLOW GAME! 

No comments:

Post a Comment